Dry ARMD

 

Wet ARMD

 

 

 

 

 

 

Pusat Pakar Mata ACS
95G & 97G Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-82116078

Degenerasi makular berkaitan umur (ARMD)

Apakah degenerasi makula?
Nama yang lain untuk keadaan ini ialah Degenerasi makular berkaitan umur (ARMD), sejenis degenerasi bahagian penglihatan pusat yang tajam retina. Ini disebabkah oleh kekerasan arteri yang membawa bekalan nutrien dan oxygen kepada bahgain retina. Disebabkan ini, penglihatan pusat yang tajam merosot dengan masa.

Apakah simptomnya?
Simptom berbeza dari seorang ke orang lain. Dalam kes yang ketara, ini boleh menyebabkan kehilangan kesemua penglihatan pusat, menjadikan aktiviti seperti membaca, memandu kereta sukar dilakukan. Ada orang yang mengalami situasi di mana objek kelihatan berombak-ombak atau melengkung. Orang lain hanya mengalami perubahan kecil dalam penglihatan mereka. Biasanya seseorang tidak akan buta terus kerana penglihatan tepi masih dikekalkan.

Apakah perbezaan diantara ARMD kering dan lembap?
Degenerasi macula boleh dibahagikan kepada yang lembap (neovascular) dan yang kering (non-neovascular). Sebanyak 10% adalah yang lembap dan ini berlaku bila saluran darah yang luar biasa dihasilkan kerana adanya kekurangan oxygen. Kerana saluran darah ini senang pecah, ia boleh menyebabkan pendarahan kepada tisu di sekelilinginya dan ini menyebabkan penglihatan yang kabur.

85% kes ialah jenis ARMD kering dan biasanya ini berkembang dengan perlahan dan menyebabkan kekaburan mata. Biasanya drusen ( tompok kuning) dan kehilangan pigment boleh dilihat di bahagian retina.

Apakah yang menyebabkan degenerasi makular?
Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti anggota keluarga lain mempunyai sejarah penyakit ini, umur yang meningkat, pemakanan, merokok dan cahaya matahari.

Bagaimanakah penyakit ini boleh dikesan?
Doktor mata boleh memeriksa mata anda untuk menentukan samada anda ada penyakit ini. Pemeriksaan visual acuity, Amsler grid, ophthalmoscopy, pengambaraan retina dan fluorescein angiography adalah antara ujian yang biasa dilakukan.

Apakah rawatannya?
Tiada rawatan yang boleh menyembuhkan ARMD kering. Untuk ARMD lembap, rawatan laser berkesan untuk memusnahkan pembuluh darah yang bocor. Namun begitu kerana ianya memusnahkan tisu disekeliling, penglihatan tidak akan kembali, kepada normal tetapi ianya boleh memberhentikan kehilangan penglihatan yang lebih lanjut. Rawatan ini juga hanya sesuai untuk golongan yang terpilih.

Terapi fotodinamik juga berkesan untuk segolongan pesakit yang mengidapi ARMD lembap. Cara rawatan ini ialah dengan menggunakan sejenis ubat yang disuntik ke dalam aliran darah. Ubat ini diaktifkan oleh cahaya laser dan ini membantukan mengurangkan risiko terhadap tisu yang normal.

Terdapat lain rawatan yang baru seperti suntikan ubat intravitreal avastin dan lucentis. Ini boleh menolong pesakit ARMD dan kajiselidik masih dilakukan untuk menentukan kesannya pada jangkamasa panjang.