Pusat Pakar Mata ACS
95G & 97G Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-87348328

 

Ulser Kornea

 

Mata merah, mata sakit, mata perit, jangkitan mata, penyakit mata, ulser kornea, radang mata, pendarahan mata, glaukoma, kabur mata, alahan mata, mata gatal. mata pedih, kurang penglihatan, buta, rabun warna, penglihatan kabus, selaput mata. Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kajang, Lembah Klang termasuk Kajang, Seri Kembangan, Serdang, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Bangi Lama, Serdang Lama, Broga, Cyberjaya, Mantin, Broga, Dengkil, Nilai, Beranang, Sepang, Salak Tinggi, Pajam, Sungai Pelek (Malaysia). Doctor mata, Seri Kembangan, Serdang, Balakong, Cheras, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Rawang, Klang, Bangi Lama, Cheras Jaya, Serdang Lama, Broga, Cyberjaya, Mantin, Broga, Dengkil, Gomabak, Nilai, Beranang, Sepang, Salak Tinggi, Pajam, Puchong, Subang Jaya, Ampang, Kepong, Sungai Buloh, Kelang, Sungai Pelek dan Shah Alam. Pesakit juga datang dari luar negeri termasuk negeri Perak, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Penang, Trengganu, Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak (Malaysia) Kabur mata, sakit mata, mata merah, mata pedih, perit mata, kurang penglihatan, buta, rabun warna, penglihatan kabus, selaput mata

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Angle Closure Glaukoma
pic
pic

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Pakar Mata ACS
95G & 97G Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-87348328

 

Mata Merah

Istilah “mata merah” biasanya dikaitkan dengan mata sakit, mata perit atau jangkitan kuman. Terdapat berjenis-jenis penyakit mata yang boleh menyebabkan mata kita merah dan setiap penyakit ini perlu rawatan yang berlainan.

Sesetengah penyakit mata merah adalah seperti berikut:

“Conjunctivitis”

Terdapat beberapa jenis penyakit yang menghasilkan conjunctivits seperti jangkitan kuman (virus dan bakteria), alahan, toksik, kecederaan mekanikal, phlyctenular, kekeringan mata, blepharitis, superior limbic keratoconjunctivitis dan sebagainya.

Kaedah merawat penyakit sendiri membawa bahaya meletak ubat yang salah dan ini boleh melanjutkan penyakit mata merah. Penyakit mata merah kadang-kadang memerlukan ubat titis antibiotik, dan yang lainnya memerlukan ubat steroid. Menggunakan ubat yang salah boleh menjadikan penyakit mata lebih teruk dan kadang-kadang boleh membutakan mata.

Kesan sampingan ubat steroid tanpa pengawasan doktor mata menambahkan risiko penyakit glaukoma yang boleh membutakan kalau tidak dikesan pada tahap yang awal.

Adalah penting untuk mendapat rawatan pakar mata untuk diagnosis yang betul supaya anda tidak mengalami lebih masalah dan keseksaan.

“Uveitis”

Mata boleh mengalami radang disebabkan oleh beberapa faktor. Radang boleh menyebabkan mata yang merah, sakit dan juga boleh membutakan kalau tidak dirawat dengan sempurna. Ubat sistemik kadang-kadang diperlukan kalau ubat titis tidak boleh merawat keadaan ini dengan sempurna.

“Subconjunctival hemorrhage”

Saluran darah di permukaan mata boleh mengalami kecederaan dan pendarahan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang lebih cenderung kepada keadaan ini. Sila membincang masalah ini dengan pakar mata anda untuk menentukan samada keadaan ini boleh dielakkan pada masa depan.

“Angle Closure Glaucoma”

Keadaan ini menghasilkan mata yang merah, sakit dan kabur. Penyakit ini memerlukan rawatan kecemasan. Kalau ini tidak dirawat dengan segera, ini akan menyebabkan kebutaan yang kekal. Kes jenis ini memerlukan rawatan perubatan dan surgikal yang segera untuk menyelamatkan penglihatan anda. Mencuba rawatan sendiri akan membawa kesan yang teruk. Penyakit ini memerlukan rawatan khas pakar mata diikuti dengan rawatan laser atau pembedahan untuk menyelamatkan penglihatan anda. Hubungilah pakar mata dengan segera untuk rawatan glaukoma berpatutan.

“Pterygium/Pingecula”

Ini adalah tumbuhan “selaput” di permukaan mata di mana saluran darah biasanya akan menjadi merah di bahagian “selaput” itu. Sila rujuk kepada pakar mata untuk menentukan samada pembedahan diperlukan untuk mengelakkan daripada “selaput” (pterygium atau pinguecula) ini menutupi penglihatan anda.

Ulser Kornea

Keadaan serius seperti ini boleh menyebabkan mata merah. Pesakit yang memakai kanta sentuhan lebih cenderung untuk mengidapi masalah ini, serta pesakit yang terdedah kepada air/cecair kotor. Penyakit ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan disebabkan oleh parut yang terjadi. Rawatan awal sangat mustahak. Sila menjumpai pakar mata untuk konsultasi segera mengenai rawatan yang sesuai sebelum ianya mengakibatkan kesan yang buruk keatas mata anda.

“Endophthalmitis”

Dalam keadaan ini, seluruh lapisan mata dijangkiti kuman seperti selepas pembedahan atau dalam pesakit imunokompromasi.

Sebablah itu, pesakit yang telah mengalami pembedahan mata perlu menghadiri pemeriksaan lanjutan sebagai dinasihatkan doktor kerana penyakit ini boleh terjadi selepas beberapa hari/bulan/tahun .

Pesakit yang mengalami immunokompromasi, kencing manis, pelbagai penyakit serentak boleh dijangkiti endophthalmitis walaupun mereka tidak mengalami pembedahan mata. Kuman boleh merebak dari bahagian badan yang lain kepada mata dan ini boleh menyebabkan kebutaan.

Cara merawat sendiri dengan ubat titis

Sesetengah orang suka menggunakan ubat mata yang boleh memutihkan mata. Penggunaan ubat jenis ini untuk jangkamasa berpanjang tidak sesuai dan boleh menyebabkan mata juga menjadi merah selepas penggunaan ubat ini ditamatkan. Kesan sampingan lain boleh menyebabkan kerosakkan mata yang kekal.