Pinguecula

Pusat Pakar Mata ACS

K.K.L.I.U. 2658/2015 © Pusat Pakar Mata ACS 2016

Selamat Datang ke

Topik Mata

Apakah pinguecula?

Pinguecula

Ianya sejenis pertumbuhan di atas permukaan mata. Ini biasanya terjadi berhampiran bahagian kornea mata kita. Kalau seseorang terdedah kepada cahaya UV atau selalu berada di bawah cahaya matahari, mereka mengalami keadaan ini. Biasanya keadaan ini tidak membahayakan mata tetapi jikalau lapisan ini menjadi tebal, ini boleh menyebabkan mata jadi kering and pedih.

Kadang kala pinguecula boleh merebak tumbuh ke bahagian kornea dan keadaan seperti ini dikenali sebagai pterygium.

Bagaimanakah seseorang tahu mereka mengalami keadaan ini?

Biasanya pertumbuhan ini boleh dilihat dengan mata kasar. Pakar mata boleh menentukan anda mengalami pingecula juga dengan pemeriksaan teliti menggunakan sejenis mikroscop yang dipanggil slit lamp.

Bagaimanakah keadaan ini dirawati?

Kalau ianya tidak mengganggu keselesaan mata, pembedahan jarang diperlukan. Kadang-kadang pinguecula mengalami radang dan menyebabkan kepedihan dan kekeringan mata. Doktor boleh memberi anda ubat titis mata untuk mengurangkan masalah ini.

Alamat kami:

Pusat Pakar Mata ACS,

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.

Tel: 03-87348328