Kekeringan Mata

Pusat Pakar Mata ACS

K.K.L.I.U. 2658/2015 © Pusat Pakar Mata ACS 2016

Kekeringan Mata

Apakah Kekeringan Mata?

Ianya sejenis penyakit yang sering dirawati oleh pakar mata. Ini disebabkan oleh ketidak-seimbangan kualiti lapisan air mata yang melembapkan/membasahi mata.

Air mata kita mengandungi tiga lapisan. Lapisan terdalam, ialah “mucus” atau lendir yang meliputi kornea kita supaya air mata boleh melekat kepada mata. Lapisan tengah ialah “aqueous” yang mengandungi air yang boleh melembapkan dan membenarkan oksigen serta bahan nutrient dibekalkan kepada kornea. Lapisan ini terdiri daripada 98 % air dan mengandungi kuantiti kecil garam, protein dan bahan lain. Lapisan terluar ialah “lipid” atau lapisan berminyak yang mencegahkan penyejatan air mata yang terlalu cepat.

Air mata kita dihasilkan dari beberapa kelenjar dikeliling mata kita. Lapisan mucus dihasil dari kelenjar lacrimal yang berada di bahagian bawah kelopak mata atas. Beberapa kelenjar yang lebih kecil di kelopak mata kita menghasilkan lapisan lipid dan mucus. Setiap kali mata dikelipkan, kelopak mata kita menyebarkan air mata di atas permukaan mata. Air mata yang berlebihan mengalir melalui dua lubang yang kecil di penjuru mata ke dalam saluran air. Saluran air bersambung berikutnya kepada bahagian hidung. Sebab itu, kalau seseorang menangis, hidung juga akan berair juga.

Selain daripada melembapkan mata, air mata juga dihasilkan sebagai tindakbalas mata kita kepada rangsangan luar seperti kecederaan atau emosi. Namun begitu, air mata seperti ini tidak melegakan kekeringan mata, Sebab itu, seseorang yang sering mengalami mata yang berair masih akan mengadu matanya tidak selesa.

 

Apakah yang menyebabkan kekeringan mata?

Kekeringan mata disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor penuaan menyebabkan kekeringan mata. Bila usia kita meningkat, badan kita kurang menghasil minyak, 60% kurang pada umur 65 tahun berbanding dengan umur 18 tahun. Orang wanita akan mengalami masalah ini lebih kerap dan kulit mereka akan mengalami kekeringan. Kekurangan minyak juga menyebabkan air mata disejatkan dengan lebih cepat and tompokan kering akan muncul di permukaan mata.

Faktor lain seperti cuaca yang panas, kering, berangin, tempat berparas tinggi daripada dasar laut, hawa dingin, asap rokok juga menyebabkan kekeringan mata. Ramai orang juga mendapati mata mereka akan rasa perit setelah membaca atau menggunakan komputer untuk jangkamasa yang panjang. Berhenti rehat setika and mengelipkan mata akan melegakan perasaan ini.

Pemakai kanta sentuh juga akan mengalami kekeringan mata kerana kanta sentuh akan menyerap air mata, menyebabkan protein melekat kepada permukaan kanta. Beberapa jenis ubat-ubatan, penyakit thyroid, kekurangan vitamin A and penyakit seperti Parkinson’s and Sjogren’s juga menyebabkan kekeringan. Kaum wanita juga mengalami masalah kekeringan setelah putus haid disebabkan oleh kekurangan hormon.

 

Apakah gejala-gejalanya?

  • Pedih
  • Ketidakselesaan
  • Kemerahan mata
  • Kekaburan mata yang berubah bila mata dikelipkan
  • Mata berair
  • Rasa letih atau perit setelah membaca, menonton televisyen and bekerja dengan komputer untuk jangkamasa yang panjang

 

Bagaimana keadaan ini boleh dikesankan?

Ada beberapa cara untuk mengesan kekeringan mata. Doktor akan mengukur kadar pengeluaran, pengewapan and kualiti air mata. Ubat titis mata yang khas juga boleh mengesan masalah dan tahap kekeringan mata.

 

Apapkah rawatannya?

Dalam perawatan kekeringan mata, setiap individu agak berlainan sedikit. Ramai orang rasa lega dengan mengunakan airmata tiruan setiap hari. Ada beberapa jenis airmata tiruan. Airmata tiruan yang lebih cair melegakan mata sementara waktu sahaja. Airmata tiruan yang lebih pekat akan berada di dalam mata untuk jangkamasa yang lebih panjang. Ada juga airmata tiruan yang tidak mengandungi bahan awet and ini lebih selesa untuk mata kita. Jangan menggunakan ubat titis mata yang mengandungi bahan yang mengecutkan saluran darah dalam mata, Ini memutihkan mata untuk sementara waktu tetapi ianya tidak menolong melembapkan mata dan bolen menyebabkan masalah yang lain. Airmata tiruan yang baru mengandungi sodium hyaluronate. Ini melekat kepada permukaan lebih lama and lebih mahal daripada ubat airmata tiruan yang biasa.

Penutupan lubang saluran airmata dengan “punctal plug” juga boleh memberi manfaat. Ini berfungsi seperti penutupan lubang sinki. Ini boleh dilakukan sementara waktu dengan bahan collagen atau dengan kekal menggunakan silicone plug.

Beberapa langkah senang dalam kehidupan kita seperti minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari, boleh juga menolong mengurangkan kekeringan mata. Kalau kita mengingatkan diri sendiri untuk mengelipkan mata semasa menonton televisyen atau membaca, ini juga akan mengurangkan kekeringan mata. Jangan selalu menggosok mata, kerana ini akan menjadikan mata lebih perit.

Apakah komplikasi kekeringan mata yang tidak dirawati?

Merawatkan keadaan ini bukan sahaja untuk menjadikan mata lebih selesa tetapi untuk kesihatan kornea. Komplikasi yang serius termasuk ulcer kornea, infeksi, parut and kekaburan mata.

Alamat kami:

Pusat Pakar Mata ACS,

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.

Tel: 03-87348328