Kecederaan Kimia Mata

Pusat Pakar Mata ACS

K.K.L.I.U. 2658/2015 © Pusat Pakar Mata ACS 2016

Kecederaan Kimia

Bagaimanakah Kecederaan Kimia mata berlaku?

Ini boleh berlaku di kawasan rumah atau tempat kerja. Menuang cecair kimia ke dalam longkang boleh menyebabkan bahan kimia itu terpercik ke dalam mata. Serpihan kecil simen boleh memasuki kedalam mata di kawasan pembinaan dan menyebabkan kecederaan. Penuangan cecair dari satu bekas ke bekas lain juga boleh meyebabkan kecederaan kimia. Rumah-rumah biasanya mengandungi bahan harian yang ada potensi untuk menyebabkan kecederaan kimia kalau termasuk ke dalam mata.

Apakah rawatan kecemasan untuk ini?

Rawatan kecemasan yang segera boleh menyelamatkan penglihatan kita. Untuk setiap kecederaan kimia mata mesti dibasuhkan di tempat itu dengan serta-merta. Di setengah kilang, kemudahan khas untuk membasuh mata mungkin telah disediakan. Di rumah, air tap boleh digunakan. Adalah mustahak untuk menolong seseorang yang mengalami kecederaan kimia untuk membukakan matanya semasa air digunakan untuk mencuci mata. Basuhkan mata dengan banyak air sampai kesemua bahan kimia dikeluarkan daripada matanya. Ini biasa dilakukan untuk 20 minit.

Adakah tahap kecederaan bergantung kepada jenis bahan kimia yang termasuk ke dalam mata?

Tahap kecederaan bergantung kepada jenis bahan kimia yang termasuk, iaitu bahan acid atau alkali. Bahan beralkali lebih merbahaya kerana ia boleh meyerap ke dalam mata. Bahan acid kadang-kadang boleh disertai dengan serpihan kaca kalau leputan berlaku.

Biasanya perbezaan di antara kecederaan yang serious tetapi yang boleh dirawati dan kecederaan yang menyebabkan kebutaan ialah rawatan kecemasan yang segera dan tepat.

Perlukah seseorang mendapat rawatan dari doctor mata untuk kecederaan kimia?

Ya, sangat penting untuk mendapat rawatan doktor setelah pertolongan kecemasan dilakukan. Kalau boleh, bawakan bahan kimia itu bersama anda supaya doktor boleh mengetahui apa yang telah masuk ke dalam mata. Doktor mungkin akan membasuhi mata lagi untuk menentukan semua bahan kimia telah dikeluarkan. Mata akan diperiksakan di bawah mikroskop untuk menentukan tahap kecederaan dan untuk mengeluarkan serpihan yang mungkin melekat di dalam mata dan dibawah kelopak mata.

Doktor juga akan memberi ubatan yang sesuai untuk merawat keadaan anda.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan daripada kecederaan kimia?

Pencegahan lebih baik daripada rawatan. Selalu baca and mengikuti arahan sebelum menggunakan bahan kimia. Selalu pakai perlindungan mata seperti goggle keselamatan bila menggunakan bahan kimia. Ianya biasa diperbuat daripada bahan polycarbonate dan tahan keretakan.

Apakah kadar penyembuhan selepas kecederaan kimia?

Ini bergantung kepada jenis dan tahap kecederaan. Rawatan pertolongan kecemasan di tempat berlaku kemalangan boleh meninggikan peratusan penyembuhan dan menyelamatkan penglihatan.

Alamat kami:

Pusat Pakar Mata ACS,

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.

Tel: 03-87348328