Soal-jawab pra-pembedahan

Pusat Pakar Mata ACS

K.K.L.I.U. 2658/2015 © Pusat Pakar Mata ACS 2016

Soalan pra pembedahan katarak

Soalan pra pembedahan katarak

Perlukah saya ditemani pada hari pembedahan?

Anda dinasihatkan untuk diiringi oleh seorang dan seorang juga untuk membawa anda pulang.

 

Kalau seseorang tidak boleh menunggu anda sepanjang pembedahan, jangan risau. Staf di sini akan pastikan anda selesa dan akan menolong anda.

 

Apakah benda yang perlu dibawakan pada hari pembedahan?

Bawa bayaran duit untuk pembedahan. Anda juga perlu membawa ubat-ubatan anda. Oleh kerana pembedahan ini secara rawatan seharian, anda tidak perlu membawa barangan yang biasa diperlukan untuk tinggal semalaman di sini.

 

Saya biasanya mengambil ubat untuk memastikan darah saya lebih cair dan ubatan yang lain. Perlukah say mengambil ubat ini sebelum pembedahan?

Ya, tolong sambungkan semula ubatan yang anda biasanya perlukan.

 

Bolehkah saya makan sebelum pembedahan?

Ya, anda boleh makan makanan ringan sebelum hadir untuk pembedahan.

 

Soalan pembedahan

Pra pembedahan katarak

Bolehkah saya merasa apa-apa semasa pembedahan?

Anda akan diberi ubat bius setempat untuk mata yang dibedahkan dalam bentuk ubat titis atau suntikan. Ramai pesakit tidak merasa sakit, hanya tekanan sedikit sahaja.

 

Apakah yang saya akan mengalami semasa pembedahan?

Pesakit kadang-kadang boleh melihat lampu mikroskop semasa pembedahan. Ada orang yang juga boleh melihat benda terapung dan bergerak semasa pembedahan.

 

Jikalau saya mengalami batuk, bolehkah pembedahan dilakukan?

Amatlah penting untuk anda tidak batuk dengan tiba-tiba semasa pembedahan. Kalau anda mengalami batuk yang teruk, lebih baik untuk menundakan pembedahan sehingga anda pulih semula.

 

Bolehkah saya melihat terang baru selepas pembedahan?

Untuk ramai orang penglihatan memang kabur baru selepas pembedahan kerana anak mata mereka baru dikembangkan dan kerana cahaya mikroskop.

 

Apakah yang berlaku selepas discaj?

Kami akan memeriksa mata and menerangkan tentang penjagaan mata selepas pembedahan dan bagaimana ubat titis digunakan. Anda akan diberi temujanji untuk pemeriksaan yang selanjutnya pada keesokan hari.

 

Bolehkah saya memandu kereta balik ke rumah?

Biasa ini tidak dinasihatkan, Namun begitu ada pesakit yang mempunyai penglihatan yang baik di mata yang sebelah dan tidak dipengaruhi apa-apa ubat yang memandu kereta.

Alamat kami:

Pusat Pakar Mata ACS,

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.

Tel: 03-87348328