Kanta Multifocal Intraokular

Pusat Pakar Mata ACS

K.K.L.I.U. 2658/2015 © Pusat Pakar Mata ACS 2016

Katarak

Kanta Multifocal Intraokular

Kanta Multifocal Intraokular

Perbahasan mengenai ini masih bersambung! Kita perlu membezakan antara fakta-fakta betul dan tipu helah yang kadang-kadang diiklankan oleh pihak yang tertentu.

 

Kalau anda melawati pusat refraktif/katarak hari ini, ada kemungkinan besar anda dinasihatkan menerima kanta multifocal intraokular semasa pembedahan dilakukan kerana ianya ialah kanta “terbaik” dan “terbaru” pada masa ini. Anda mungkin diberitahu bahawa penglihatan anda akan kembali seperti dulu kala, bila anda masih muda lagi.

 

Namun begitu, kos kanta multifocal ini dua kali ganda kos kanta monofocal. Adakah harga kanta multifocal berpatutan dengan fungsinya?

 

Kanta Monofocal Katarak

Kanta intraocular boleh dibahagikan kepada 3 kategori:

  • Monofocal
  • Multifocal
  • Akomodatif

 

Kanta monofocal

Kanta Monofocal Katarak

Pada masa ini memberi kualiti penglihatan yang terbaik antara kesemua kanta di atas. Tetapi kanta jenis ini memberi satu focus sahaja, iaitu pesakit boleh memilih untuk melihat jauh atau dekat dengan baik.

  • Jikalau anda memilih untuk nampak jauh dengan baik, anda perlu memakai cermin untuk dekat.
  • Jikalau anda memilih untuk nampak jarak dekat, anda memerlukan cermin mata untuk melihat jauh, seperti masa memandu, memain golf. Kebaikannya ialah,anda tidak perlukan cermin mata untuk membaca/melihat dekat.

 

Kebaikan monofocal ialah seseorang akan mengalami quality penglihatan yang baik tanpa dan dengan cermin mata.

 

Kanta multifocal

Kanta ini telah membangkitkan banyak kontroversi antara pakar-pakar mata. Ada yang percaya kebaikannya melebihi keburukannya. Tujuan menggunakan kanta ini ialah supaya seseorang tidak memerlukan cermin mata selepas pembedahan. Namun begitu kanta ini tidak boleh sampai tahap kanta semulajadi yang kita dilahirkan dengan. Untuk memahami ketidaksempurnaan kanta ini, kita mesti memahami design kanta ini.

 

Kanta Multifocal Katarak

Kanta multifocal secara simplistik ialah kanta yang ada 2 jarak fokus, jauh dan dekat. Jadi kanta ini dibahagikan kepada beberapa zon untuk dekat dan juga untuk jauh. Ini membolehkan seseorang melihat jauh dan dekat. Tetapi ini juga menyebabkan seseorang mengalami 2 imej pada masa yang sama. Ini bermakna otak kita perlu memilih imej yang kita mahu melihat pada masa itu. Jadi, ini boleh menimbulkan masalah. Baru selepas pembedahan, semua pesakit akan mengalami penglihatan yang berlainan daripada biasa. Ini memerlukan beberapa bulan untuk membiasakan diri kepada imej berlainan dan orang yang tidak dapat membiasakan diri sendiri akan rasa kecewa dan tidak puas hati.

 

Masalah lain kanta multifocal ialah kerana ia mengandungi 2 jarak focus. Dalam keadaan lampu biasa, penglihatan seseorang dengan kanta intraocular ini berkualiti lebih rendah daripada monofokal. Kadang-kadang ini menghalangi penglihatan. Dalam keadaan yang gelap seperti malam seseorang akan mengalami silau kerana design kanta ini. “Contrast sensitivity” juga akan kurang daripada kanta monofocal.

 

Kanta Multifocal Katarak

Satu masalah lain ialah kanta ini bukan sebenarnya multifocal tetapi dwifokal. Ianya hanya boleh memberi fokus 2 jarak sahaja. Jadi jarak pertengahan seperti jarak menggunakan komputer, memasak, atau melihat instrument kereta semasa memandu adalah kabur. Kalau seseorang memilih kanta yang dibuat untuk jauh dan jarak pertengahan, penglihatan jarak dekat tidak akan terang. Jadi seseorang tidak boleh mengalami penglihatan yang baik untuk semua jarak fokus.

 

Kerana kanta multifocal tidak sempurna, pakar mata merata tempat telah mengadakan perbincangan banyak mengenai cara memilih pesakit yang boleh menerima ketidaksempurnaan kanta multifocal. Cara hidup dan personality seseorang perlu ditimbangkan sebelum memilih seseorang kerana ada pesakit-pesakit yang tidak boleh menerima keburukan kanta multifocal. Pesakit yang boleh menerima keburukan kanta multifocal biasanya gembira kerana tidak memerlukan memakai cermin mata kebanyakan masa.

 

Syarikat yang mengeluarkan kanta intraokular telah melabur duit yang banyak untuk mengesyorkan pakar mata dan pesakit produk ini boleh digunakan. Tetapi pesakit kena buat pilihan sendiri kerana selepas kanta ini dimasukkan ke dalam mata seseorang, bukan mudah untuk mengeluarkan dan menukarkannya kepada kanta monofocal yang tidak mempunyai kesan kesampingan multifocal.

 

Jangkaan saya ialah masa depan kanta ini terhad kerana kemungkinan kanta akkomodatif boleh mencapai tahap yang lebih baik pada masa depan.

 

Kanta akomodatif

Rekaan kanta ini lebih dekat kepada kanta semulajadi kita kerana fokusnya boleh ditukarkan. Kanta ini memokus pada jarak objek yang dipandangkan seperti kanta kamera. Pada masa ini kanta akomodatif mempunyai fungsi terhad dan tidak selalunya berjaya untuk kesemua pesakit. Juga, kadar jarak fokusnya hanya 1-1.5 diopters, malah kita memerlukan kanta yang boleh fokus sehinggan 4 diopters.

 

Lebih banyak penyelidikan sedang dilakukan untuk kanta ini dan semua orang sedang menantikan kanta akkomodatif yang sempurna.

 

Ringkasan

Jadi, setakat ini, tiada kanta intraocular perbuatan manusia yang boleh bertanding dengan kanta semulajadi kita untuk memberi penglihatan yang jelas seperti orang muda. Kita ada beberapa pilihan, tetapi kesemua ini tidak sebaik kanta semulajadi. Jadi, ianya terpulang kepada pesakit untuk memilih kanta yang boleh memberi manfaat yang terbaik untuk mereka menjalani kehidupan mereka, expektasi penglihatan dan budget mereka.

 

Petikan yang menarik

Pada mesyuarat ke 21 APACRS 2008, beberapa pakar mata telah mengadakan perbincangan mengenai rekaan kanta intraocular pada masa ini.

 

Dr. Graham Barrett: Although initally impressed with the promise of multifocal IOLs, Dr. Barrett confessed to being skeptical of the visual results they provide. Dr. Barrett's preferred path to correcting presbyopia is monovision: a monofocal IOL is implanted in the dominant eye, targeting emmetropia for distance; the non-dominant eye is left myopic for near vision.

 

Di Pakar Mata ACS, mengikut pengalaman kami, pesakit yang memilih monovision sangat puas hati dengan penglihatan mereka, lagi pun mereka tidak perlu membayar harga yang mahal untuk kanta multifocal.

 

Dr. Michael Knorz - Although "we would like accomodation, " he said, lenses that provide true accomodation "are not yet possible." Multifocal IOLs, Dr. Knorz said, provide the best reading vision (compared to the current accomodative lenses), but have more side effects and is thus best for patients who actively dislike glasses and are willing to accept the compromised, "waxy" vision and side effects, such as halo and glare, to do away with them. Patient selection and education are thus paramount to success with multifocal IOLs, he said. Dr. Knorz pointed out that all three approaches to presbyopia vision are valid but that the choice between them will depend on the particulars of each patient.

Alamat kami:

Pusat Pakar Mata ACS,

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.

Tel: 03-87348328