Informasi Asas Katarak

Pusat Pakar Mata ACS

K.K.L.I.U. 2658/2015 © Pusat Pakar Mata ACS 2016

Informasi Asas Katarak

Katarak - Penyakit mata yang boleh dirawati

 

Jika anda mengalami simptom yang berikut, ianya mungkin disebabkan oleh penyakit mata katarak (selaput mata).

Informasi Asas Katarak

 

 

Cermin mata untuk katarak

Cermin mata mungkin boleh membantu untuk sementara waktu sahaja, tetapi bukan untuk masa yang berpanjangan.

 

 

Informasi tentang Katarak

  • Ini disebabkan oleh usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari), kecederaan mata, merokok atau genetik.
  • Katarak disebabkan oleh selaput di bahagian kanta semulajadi mata kita yang menghalang cahaya and imej menembusi mata.
  • Bila usia kita meningkat, kadar mendapat katarak juga meningkat. Namun begitu, ada kanak-kanak dan orang muda yang boleh mendapat katarak juga.
  • Tiada ubatan atau senaman mata yang boleh melarutkan katarak.

Jikalau cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.

 

Adakah apa-apa risiko? Pembedahan Katarak Teknologi Terkini (Advanced Cataract Surgery) lebih berkesan daripada cara-cara yang lama, serta sangat berkesan dan berisiko rendah.

 

Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya membolehkan kita mengalami:

  • Pembedahan cepat - kurang daripada 30 minit
  • Pembedahan Rawatan seharian - kurang dari 2 jam berada di pusat rawatan pembedahan
  • Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat
  • Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian
  • Tiada sakit langsung atau hanya sedikit ketidak keselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.
  • Tidak perlu jahitan atau pembalut mata
  • Kekurangan silau mata
  • Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko.)
  • Pilihan kanta tiruan beraneka jenis seperti: monofocal, aspheric, multifocal.

 

Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini

(Advanced Cataract Surgery) anda boleh menikmati kualiti hidup yang tinggi dengan penglihatan yang lebih baik.

 

*** Maklumat ini adalah untuk pengetahuan dan edukasi am sahaja. Sebarang masalah mata perlu dibincang dengan doktor mata anda sebelum memulakan rawatan.

Alamat kami:

Pusat Pakar Mata ACS,

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.

Tel: 03-87348328