Glaukoma

Pusat Pakar Mata ACS

K.K.L.I.U. 2658/2015 © Pusat Pakar Mata ACS 2016

Apakah glaukoma?

Ia adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kerosokan saraf optik mata. Kerosakan yang teruk boleh menyebabkan kebutaan mata. Namun begitu, kalau keadaan ini dikesan awal, ia boleh dirawat dan penglihatan boleh diperiharakan.

Glaukoma
Glaukoma

Apakah yang menyebabkan glaukoma?

Kebanyakan kes glaukoma disebabkan oleh kerana saliran air keluar dari mata tidak lancar dan ini menyebabkan tekanan mata naik. Tekanan yang tinggi akan menyebabkan kerosakan saraf optik. Namun begitu punca glaukoma tidak difahami sepenuhnya.. Sesetengah orang ada tekanan tinggi dalam mata tetapi tidak mengalami kerosakan mata. Orang lain mungkin mengalami tekanan mata yang normal tetapi saraf optik mengalami kerosakkan. Faktor yang lain seperti kekurangan pengaliran darah ke dalam saraf optik atau kelemahan saraf optik juga memainkan peranan.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui saya mengidap glaukoma?

Ramai orang yang mengidapi glaukoma tidak sedar mereka ada masalah ini pada tahap awal. Glaukoma menyebabkan penglihatan bahagian tengah kabur pada tahap lewat sahaja. Anda perlu diperiksakan oleh pakar mata untuk mengesan penyakit ini pada tahap awal. Ini membolehkan rawatan awal diberi sebelum kehilangan penglihatan berlaku.

Bolehkah rawatan ini merawati dengan sepenuhnya masalah penglihatan?

Kalau terdapat kehilangan penglihatan yang sudah terjadi, ianya tidak boleh dikembalikan. Sebab itu rawatan awal amat penting untuk mencegahkan dari kerosakan mata yang tetap.

Adakah ini bermakna saya hanya terdapat tahu masalah ini bila sudah terjadi kehilangan penglihatan?

Ya, ini biasanya terjadi kalau seseorang tidak pergi untuk pemeriksaan rutin.

Adakah ini bermakna kehilangan penglihatan yang sudah terjadi tidak boleh dikembalikan dengan rawatan?

Ya. Penglihatan tidak boleh dikembalikan dengan rawatan ubat. Ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan mata boleh menolong mengekalkan penglihatan yang masih ada.

Bolehkah rawatan herbal atau tradisional menolong?

Tidak ada rawatan herbal atau tradisional yang boleh merawat masalah ini. Lebih banyak penglihatan boleh hilang jikalau seseorang membuang masa dengan mencari rawatan alternatif yang tidak membantu.

Adakah beberapa jenis glaukoma?

Glaukoma sudut terbuka ialah yang paling kerap ditemui dan ini terjadi bila saliran air keluar dari mata menjadi tersumbat, menyebabkan tekanan mata naik sekadar perlahan dan pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan dengan perlahan.

Glaukoma sudut tertutup (juga dipanggil akut) lebih jarang. Dalam keadaan ini, saliran air akan tiba-tiba tutup dan ini boleh menyebabkan kebutaan kalau tidak dirawat dengan cepat. Biasanya mata yang mengalami serangan akut akan mengalami kemerahan dan kesakitan mata. Ini boleh diiringi oleh sakit kepala sebelah, kekaburan mata, rasa loya dan bermuntah. Rawatan kecemasan diperlukan dan ini kadang-kadang memerlukan kemasukan ke dalam wad. Ubat akan diberi untuk merendahkan tekanan mata, diikuti dengan laser atau pembedahan. Mata sebelah juga diberikan rawatan kerana ada kemungkinan masalah yang sama boleh terjadi.

Ada 2 jenis lagi penyakit glaucoma iaitu glaukoma secundar, di mana tekanan tinggi dalam mata ialah kerana masalah mata yang lain dan glaukoma Kongenital di mana seseorang dilahirkan dengan keadaan ini.

Apakah rawatan untuk glaukoma?

Rawatan adalah untuk merendahkan tekanan mata dan menghalang kehilangan penglihatan. Rawatan termasuk ubat titis, rawatan laser dan pembedahan. Kesemua rawatan ada kebaikan dan keburukannya dan cara rawatan terbaik untuk seseorang ialah hasil keputusan pesakit dan doctor setelah pelbagai opsyen dibincangkan. Rawatan tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik, jadi penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki.

Ubat

Ubat titis adalah biasanya langkah pertama dalam rawatan ini. Ada pelbagai ubat yang bertindak dengan cara yang berlainan. Adalah penting untuk menggunakan ubat ini setiap hari seperti dinasihatkan oleh doctor, kerana tekanan akan menaik sekiranya ubat tidak digunakan. Ada ubat titis kombinasi yang boleh digunakan sekiranya pesakit memerlukan lebih daripada satu ubat. Kesemua ubat titis boleh menyebabkan kepedihan mata. Kesan sampingan juga termasuk pertukaran perasaan lidah, pertukaran warna iris, bulu mata yang lebih panjang dan lebat, sakit kepala dan kekaburan mata.

Rawatan laser

Laser digunakan untuk merawat glaukoma sudut terbuka dan tertutup dengan laser yang berlainan dan teknik berlainan. Laser boleh digunakan untuk membuka lubang di trabekular meshwork. Procedur ini biasanya cepat dan tidak sakit. Ianya tidak memerlukan ubat bius seluruh badan dan tidak perlu kemasukan ke dalam wad. Kejayaan prosedur ini berbeza untuk setiap individu dan kadang-kadang ubat tits mata masih diperlukan selepas laser, tetapi dalam dos yang lebih rendah.

Berapa lamakah prosedur laser?

Ini mengambil masa lebih kurang lima belas minute.

Perlukah saya baring untuk prosedur ini?

Tidak perlu.

Pembedahan trabeculectomi

Ada pelbagai jenis pembedahan untuk glaukoma bergantung kepada keperluan individu.

Keberkesanan ubat yang baru untuk glaukoma telah mengurangkan kadar pembedahan untuk glaukoma. Tetapi pembedahan adalah opsyen bila ubatan dan/atau laser tidak berjaya merendahkan tekanan mata.

Pembedahan adalah untuk menghasilkan sebuah lubang yang kecil di dinding mata supaya air boleh dilepaskan keluar dari mata dibawah bahagian conjunctiva. Dari situ, air itu akan mengalir masuk ke dalam saluran darah. Setelah pembedahan ini, seseorang biasanya boleh berhentikan ubat glaucoma tetapi kadang-kadang satu antara lima orang perlu sambung guna ubat itu.

Rawatan untuk glaukoma adalah efektif dan kebanyakan orang boleh mengekalkan penglihatan mereka kalau rawatan diberi pada tahap yang awal dan pesakit patuhi regimen yang disyorkan.

Alamat kami:

Pusat Pakar Mata ACS,

95G & 97G Jalan TKS 1,

Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang,

Selangor, Malaysia.

Tel: 03-87348328